Assallammualaikum wbt
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekian alam, Isu yang baru baru ini mengegarkan suasana kententeraman adalah isu kalimah Allah yang ingin diguna pakai secara bersama dengan agama penganut selain Islam..banyak juga tentangan dari umat Islam , dan baru ini ada juga yang mengatakan bahawa malaysia Timur boleh mengunakan Kalimah Allah manakala Malaysia Barat tidak boleh!! ini satu pendekatan yang kurang sehat dan perlu dipertimbangkan semula.
Kita tidak boleh menjadikan ianya sebagai satu bahan loncatan politik,dan ia adalah amat merbahaya dalam konteks Malaysia,saya berpandangan kita Masyarakat Islam tidak boleh bertoleransi diatas perkara ini.Kenapa?
1. Ilmu
dari sudut ilmu ,masyarakat masih lagi jauh ketinggalan, tak perlulah saya ulaskan tentang perkara ini,kita perlu bertanya pada diri kita sudah cukupkah ilmu didada?
2. Kesan
Kita juga perlu bertanya,apakah impak kepada masyarakat? apakah kita mampu untuk melindungi masyarakat kita sendiri ? masalah rempit pun kita tidak dapat menangani inikan pula isu sebegini.
3.Budaya
Ini diluar budaya,yang mana Islam sebagai pemimpinnya.Jesteru itu perlu penganut lain perlu memahami budaya sensiviti tersebut,dan banyak lagi hujah dan fakta.SEBAGAI negara yang meletakan Islam sebagai agama rasminya yang tidak boleh digugat maka saya berpandangan INI adalah ancaman kepada agama, bagi yang memegang tompok pemerintahan adalah tidak BOLEH bertoleransi tentang perkara ini,sekiranya ia cuba untuk diisukan maka mereka @ individu yang memeggang tompok kerajaan boleh diambil tindakan,kerana mengugat agama rasmi negara ini...
sama sama lah kita berfikir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan