Khamis, 30 September 2010

Jadilah Orang Yang Menegakan Keadilan

Assalammualaikum wbt

Firman Allah yang ertinya :"wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang -orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah,lagi menerangkan kebenaran;dan jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesautukaum itu mendorong kamu tidak adil.hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sifat adil itu lebih hampir kepada takwa..Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan " ( al maidah 8 )

menegakan keadilan dan kebenaran adalah ciri-ciri orang yang beriman.Ia merupakan perjanjian yang telah terikat diantara manusia dengan Allah Swt.Allah memerintahkan kita bersifat adil dalam membuat pertimbangan dan hukuman,jangan sesekali atas sentimen kasih@benci membuatkan kita salah perhitungan dan tidak dapat menegakan keadilan.Larangan ini ditegaskan kepada orang orang yang beriman sepertimana yang pernah berlaku ke atas muslimin lantaran sikap ingin membalas dendam dan marah terhadap kaum musyrikin yang telah melarang mereka memasuki masjidil haram.

Sikap adil dalam membuat pertimbangan dan hukuman,arahan dan perlaksanakan adalah manifestasi takwa yang tinggi.keadilan adalah lambang ketakwaan dan martabat diri yang mulia dan Allah amat mengetahui sikap dan pendirian seseorang dalam membuat pertimbangan dan perlaksanaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan